BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENJADI SEORANG PENULIS?








Sejak kebelakangan ini, saya seringkali menerima soalan sebegini rupa daripada insan baru sahaja ingin menjejakkan kaki ke dalam dunia penulisan ini. Kebanyakan yang mesej saya berumur ada yang belasan tahun, dua puluh hingga tiga puluh tahun. Pernah sekali saya mendapat soalan daripada seorang individu yang berumur 50+ ke atas.

Saya sedar saya tidak mempunyai ilmu seluas lautan dalam bidang ini. Tetapi saya mempunyai hasrat setinggi gunung untuk berkongsi tips ini bersama sesiapa yang sudi membaca coretan ini.


1. Jadilah pembaca yang baik dan bijak

Setiap insan yang bergelar penulis, waima karyanya sudah tersusun penuh di pasaran, asalnya mereka juga seorang pembaca. Ingat, membaca adalah jabatan ilmu. Begitu juga untuk menjadi penulis. Ianya menghubungkan awak dengan jabatan menuju ke dalam dunia penulisan. Bila baca karya penulis lain, sebenarnya dari situ sudah banyak proses belajar telah berlaku. Awak boleh perhatikan dari segi kosa kata yang digunakan, susunan ayat, plot cerita, perkembangan cerita dan watak, unsur suspen, plot twist dan pelbagai lagi. Ingat, belajar tau bukan PLAGIAT. Kalau tak tahu apa maksud plagiat, sila rujuk kamus ya.


2. Mantapkan penggunaan kosa kata dan tatabasa yang betul

Ini perkara paling penting sekali ketika hendak mula menulis. Mohon ya beli buku tatabahasa atau belajar balik benda ni semula walaupun dulu zaman sekolah rendah dan menengah dah muak menghadap. Jangan malu kalau nak berjaya. Biarlah orang gelakkan kita sebab beli buku budak sekolah pun. Mereka bukan nak jadi penulis pun kan? Awak teruskan sahaja dengan impian awak ini. Ayat tunggang-langgang, masih tak pandai nak susun ayat. Ini merupakan perkara paling sakit bagi seorang penulis. Untuk hasilkan penulisan yang sedap dibaca, ini sangat penting ya.


3. Fahamkan apa itu Prolog, Blurb, Sinopsis dan Epilog

Buat yang pertama kali dengar nama-nama dekat atas tu, jangan buat muka pelik pula ya. Ini basic seorang penulis kena tahu. Wajibbbb. Kalau awak tak tahu benda ni, konfem ada penulis gelakkan awak nanti. Kalau tak ada yang gelakkan, bagi akak yang gelakkan awak dulu. 

Prolog : Babak permulaan cerita. Biasa kalau dalam novel, panjang dia dalam 4-7 muka surat. Tapi kalau lebih itu ikut kepada penulis lah. Ini cuma kiraan kasar akak sahaja. Prolog ni bermaksud, awak ambil satu scene dalam cerita awak kemudian awak letakkan dalam bahagian prolog ni. Prolog ni senang cerita macam rumahlah. Sebelum orang datang rumah awak, awak mesti nak kemas-kemas atau deko bagi menarik. Kira macam orang baca depan tu, rasa ingin baca dan baca lagi tu ada. 

Macam, "Eh, cerita apa ni? Opening pun dah gempak!"

Sebab itulah awak kena pilih scene yang terbaik untuk dijadikan prolog. Tarik orang untuk terus baca novel awak.



Blurb : Actually benda ni awak tak payah kisahkan sangat buat masa ni. Ini awak akan jumpa bila karya awak dah setuju terbit dan sudah masuk giliran cetak sahaja. Blurb ni macam ringkasan dekat cover belakang novel. Alah, macam yang awak selalu belek-belek dekat MPH tu nak baca sinopsis tu, padahal tak beli pun, hiks! Hah itulah blurb. Blurb akan dibincangkan bersama editor apabila karya awak dah masuk que printing.


Sinopsis : Ini paling penting adik-adik oiiii. Sinopsis ni bukan blurb ya. Blurb tu ayat last dia macam tergantung.

Contoh : Agaknya apakah kesudahan pengakhiran hidup seorang Ayeshah Amani? Adakah dia akan berkahwin dengan putera raja ataupun si tukang kayu?

Hah, begitulah! Itu blurb tau. Kalau sinopsis, awak ceritakan jalan cerita awak dari A-Z. Lengkap. Tak ada tergantung ke apa. Kalau last tu Ayeshah tu kahwin dengan putera raja, awak kenalah jelaskan ending dia macam mana. Jangan tergantung macam blurb tadi tu. 

PALING PENTING, jangan up sinopsis penuh cerita awak di mana-mana platform tau. Bahaya. Nanti idea awak ada orang ciplak. Ini urusan awak dengan penerbit je. Yang awak akan hantar bersama manuskrip awak.


Epilog : Ini paling senang, Ending cerita. Nama je sedap sikit macam epilog. Hakikatnya itu cuma babak terakhir dalam cerita awak. Biasa ending novel kan mesti kena happy-happy. Amaran keras, jangan buat ending sedih ya dik oi. Nanti meroyan pembaca awak. Emosi sangat penting dalam pembacaan novel. Biasanya memang penerbit mahukan ending yang happy. Kalau ending awak sedih, memang seminggulah karya awak kena kecam dik, hahahaha. (gelak jahat sikit)



Okaylah, setakat ni je Kak Sha nak membebel, Tata!










Ulasan