Catatan

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENJADI SEORANG PENULIS?

Imej
Sejak kebelakangan ini, saya seringkali menerima soalan sebegini rupa daripada insan baru sahaja ingin menjejakkan kaki ke dalam dunia penulisan ini. Kebanyakan yang mesej saya berumur ada yang belasan tahun, dua puluh hingga tiga puluh tahun. Pernah sekali saya mendapat soalan daripada seorang individu yang berumur 50+ ke atas. Saya sedar saya tidak mempunyai ilmu seluas lautan dalam bidang ini. Tetapi saya mempunyai hasrat setinggi gunung untuk berkongsi tips ini bersama sesiapa yang sudi membaca coretan ini. 1. Jadilah pembaca yang baik dan bijak Setiap insan yang bergelar penulis, waima karyanya sudah tersusun penuh di pasaran, asalnya mereka juga seorang pembaca. Ingat, membaca adalah jabatan ilmu. Begitu juga untuk menjadi penulis. Ianya menghubungkan awak dengan jabatan menuju ke dalam dunia penulisan. Bila baca karya penulis lain, sebenarnya dari situ sudah banyak proses belajar telah berlaku. Awak boleh perhatikan dari segi kosa kata yang digunakan, susunan ayat, plot cerita,